HTC One M8 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Mei 2014
HTC

HTC One M8 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Mei 2014

Diterbitkan pada Mei 1, 2014 oleh .

Bagi para peminat HTC yang menantikan pelancaran rasmi telefon pintar terbaru daripada mereka, HTC One M8, mungkin boleh menyimpan tarikh 8 Mei dalam diari anda untuk pelancaran rasmi peranti berkenaan untuk pasaran tempatan.

HTC One M8 Malaysia

HTC One M8 telah diperkenalkan pada bulan Mac yang lepas, dimana ia membawakan sedikit perubahan pada rekabentuk peranti, disamping dilengkapi dengan dua sensor pada bahagian belakang untuk rakaman gambar yang lebih baik.

Harga jualannya masih belum diumumkan secara rasmi oleh HTC Malaysia, namun spekulasi awal mengatakan ia berharga sekitar RM2399. Beberapa syarikat telekomunikasi turut bakal menawarkannya, termasuk Maxis, Celcom dan juga Digi.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 8 Mei 2014 ini untuk melihat pengumuman rasmi pihak HTC Malaysia berkenaan dengan peranti baru ini.

Baca : Pandang Pertama HTC One M8


TIPS & ULASAN