Cari @ Amanz

Nampaknya pelbagai peranti baru akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Mei ini. Selain daripada HTC One M8, pihak Oppo Malaysia turut sama bakal melancarkan Oppo Find 7 di Malaysia pada 7 Mei ini.

Oppo Find 7 Malaysia

Oppo Find 7 merupakan telefon pintar terbaru daripada Oppo yang mana merupakan telefon pertama menyokong rangkaian 4G, hadir dengan sokongan rakaman 4K, serta pelbagai fungsi menarik pada bahagian kamera peranti berkenaan. Ia juga turut hadir dengan skrin dengan resolusi 2K, dan kamera belakang 13-megapixel.

Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Buat masa ini, pihak Oppo hanya sekadar memulakan pra-tempahan untuk Find 7a yang mana dijual pada harga RM1598 dan akan mula dijual bermula 15 Mei kelak.

Sama-sama kita nantikan tarikh 7 Mei ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Oppo Find 7 pula.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd