FourSquare Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Daftar-Masuk Lokasi – Swarm

FourSquare Memperkenalkan Aplikasi Baru Untuk Daftar-Masuk Lokasi – Swarm

Diterbitkan pada Mei 2, 2014 oleh .

FourSquare hari ini mengumumkan beberapa langkah drastik dalam meneruskan perniagaan mereka, dimana kini mereka membahagikan diri kepada dua aplikasi, iaitu aplikasi FourSquare asal, dan juga sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Swarm.

Swarm

Aplikasi FourSquare asal dilihat berfungsi untuk memudahkan pengguna menemui beberapa tempat dan lokasi menarik disekitar mereka, dan digunakan dalam membuat carian lokasi dan sebagainya. Perkara ini juga dilihat akan membolehkan FourSquare menjenamakan semula perkhidmatan mereka daripada sebuah laman sosial kepada sebuah perkhidmatan pencarian dan penemuaan lokasi.

Sementara aplikasi Swarm baru ini pula kelak akan memfokuskan kepada fungsi sosial mereka, seperti untuk daftar-masuk lokasi dan mengetahui dimanakah rakan-rakan anda berada. Halaman utama Swarm ini sendiri dilihat akan menunjukkan rakan-rakan yang berdekatan anda, sekaligus memudahkan anda bertemu dan mengetahui siapakah yang berdekatan dengan anda.

Kemaskini dan pembahagian kepada dua aplikasi ini dijangka akan diperkenalkan oleh FourSquare dalam masa beberapa minggu lagi, dan aplikasi Swarm dijangka akan diperkenalkan kepada iOS dan Android terlebih dahulu tidak lama lagi.

Jadi, apa kata anda berkaitan dengan perubahan yang dibawakan oleh FourSquare ini?

Layari : FourSquare Swarm


TIPS & ULASAN