Gambar Telefon Pintar Pertama Daripada Amazon Tertiris Ke Web

Gambar Telefon Pintar Pertama Daripada Amazon Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Mei 2, 2014 oleh .

Selang beberapa minggu selepas gambar peranti prototaip telefon pintar Amazon tertiris ke web, hari ini hadir sebuah gambar render baru yang memperlihatkan dengan lebih jelas berkenaan bagaimanakah telefon pintar Amazon yang pertama kelak akan kelihatan.

Amazon kindle Phone

Telefon pintar yang pertama ini dijangka akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.7-inci, menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon empat-teras, memori 2GB RAM, dan dilengkapi dengan enam sensor dalam membolehkan rakaman gambar dan juga memperlihatkan kandungan dalam bentuk 3D.

Seperti Kindle, telefon pintar ini juga dijangka akan dilengkapi dengan versi Android yang telah diubah-suai dengan mendalam oleh pihak Amazon, dan mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan mereka.

Berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat ia dilancarkan sekitar suku ketiga 2014 ini, dan mungkin ditawarkan kepada pengguna Amerika Syarikat sahaja untuk permulaan.


TIPS & ULASAN