Twitter Dilihat Menguji Fungsi “Mute” Pada Aplikasi Mudah-Alih

Twitter Dilihat Menguji Fungsi “Mute” Pada Aplikasi Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 2, 2014 oleh .

Twitter MuteAdakalanya anda tidak ingin untuk melihat kemaskini dari seseorang pengguna hadir pada garis masa Twitter anda untuk seketika. Untuknya, kini pihak Twitter dilihat menguji sebuah fungsi baru untuk Mute pengguna pada aplikasi mudah-alih rasmi mereka.

Melalui fungsi Mute, ia membolehkan anda untuk tidak memperlihatkan kemaskini daripada seseorang, sehinggalah anda unmute balik mereka. Ia mmungkin suatu fungsi yang lebih baik daripada unfollow dan follow kembali seseorang pengguna.

Beberapa aplikasi mudah-alih lain sedia menyokong fungsi tersebut, tetapi tidak bagi aplikasi rasmi Twitter. Memandangkan Twitter telah mengujinya kini, tidak mustahil untuk kita melihat ia diperkenalkan kepada semua dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN