Chrome Canary Bereksperimen Dengan Menyembunyikan URL Penuh

Chrome Canary Bereksperimen Dengan Menyembunyikan URL Penuh

Diterbitkan pada Mei 2, 2014 oleh .

Google sering bereksperimen dengan pelbagai pembaharuan pada pelayar web mereka, dan hari ini melalui Chrome Canary, Google dilihat sedang bereksperimen dengan menjadikan bar URL lebih ringkas – dengan menyembunyikan URL penuh sesuatu laman.

Chrome Canary URL

Chrome Canary URL

Daripada ujian kami, ia dilihat Google hanya sekadar memaparkan domain utama sahaja untuk setiap halaman, dan memaparkan URL penuh apabila pengguna klik pada kotak domain (yang berwarna kelabu). Selain domain, subdomain juga turut diperlihatkan – memudahkan pengguna untuk mengetahui kedudukan di sesuatu web tersebut.

Eksperimen ini dilihat mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin ada yang tidak menyukainya dan ingin ketahui pada bahagian laman mana yang mereka berada dengan mudah. Tetapi dari segi sekuriti, memandangkan ia memaparkan domain utama, maka laman-laman berbentuk phishing mungkin dapat dikurangkan melaluinya.

Apa pun, ia sekadar eksperimen pada Chrome Canary sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada pihak Google akan memperkenalkannya kepada semua pengguna ataupun sebaliknya.

Jadi, bagi anda, adakah anda menyukai eksperimen baru ini ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN