Samsung Menjadualkan Sebuah Acara Khas Memfokuskan “Kesihatan” Pada 28 Mei

Samsung Menjadualkan Sebuah Acara Khas Memfokuskan “Kesihatan” Pada 28 Mei

Diterbitkan pada Mei 2, 2014 oleh .

Samsung melalui Galaxy S5 dan juga Gear mereka sedia mengintegrasikan beberapa sensor memfokuskan kepada kesihatan. Menariknya, kini syarikat gergasi dari Korea Selatan tersebut menjadualkan sebuah acara khusus yang mengambil tema kesihatan pada penghujung bulan ini.

Samsung Event Health

Tiada banyak maklumat berkaitan dengannya yang diketahui buat masa ini. Berkemungkinan pihak Samsung akan membincangkan mengenai beberapa aplikasi dan sokongan kecergasan pada peranti mereka pada acara berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti baru akan diperkenalkan pada acara berkenaan ataupun tidak.

Sama-sama kita nantikan tarikh 28 Mei ini untuk melihat apakah yang akan diumumkan oleh Samsung.


TIPS & ULASAN