Cari @ Amanz

Bagi mereka yang aktif menggunakan web, mungkin mengetahui akan mengenai penjejak di web, terutamanya dari pengiklan digital yang mana mengumpulkan data pelayaran web untuk memperlihatkan iklan yang berkaitan.

Perkara tersebut tidak digemari ramai, apatah lagi mereka yang amat mementingkan privasi mereka di web. Untuk mengatasi dan menghalan penjejak pihak ketiga daripada mengikuti pengguna di web, ia dilihat EFF (Electronic Frontier Foundation) telah mengeluarkan sebuah pemalam baru khusus untuk mengatasinya dinamakan sebagai Privacy Badger.

Privacy Badger ditawarkan untuk Chrome dan Firefox buat masa ini, dimana ia menghalang sebarang penjejak mahupun cookies pihak ketiga daripada mengikut dan mengumpulkan data pelayaran web anda.

Sebaik sahaja memasangnya, pengguna akan diperlihatkan dengan sebuah ikon Privacy Badger pada bahagian bar URL. Pengguna boleh klik pada ikon tersebut untuk melihat status semasa, seperti apakah yang dihalang dan apakah yang dibenarkan.

Ia dilabelkan mengikut tiga warna, iaitu hijau, kuning dan juga merah. Kuning dilihat membawa maksud sesuatu penjejak itu dibenarkan supaya laman dapat berfungsi dengan betul, sementara merah pula dilihat sesuatu penjejak itu dihalang – berkemungkinan yang berkaitan dengan pengiklanan.

Apa pun, ia masih terdapat beberapa kekangan, dimana ia hanya memantau penjejak pihak ketiga sahaja disesuatu laman. Ini bermaksud, sesuatu penjejak itu akan berfungsi seperti biasa – sebagai contoh daripada Google, akan berfungsi seperti biasa ketika anda berada di laman mereka.

Bagi anda yang mementingkan privasi anda, dan ingin mengelak data pelayaran web anda dipantau, mungkin boleh memasang Privacy Badger ini hari ini pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd