Pengurus Fail Untuk Windows Phone Bakal Diperkenalkan Pada Penghujung Bulan Ini

Pengurus Fail Untuk Windows Phone Bakal Diperkenalkan Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Mei 3, 2014 oleh .

Salah satu aplikasi yang mempunyai permintaan yang tinggi di platform Windows Phone adalah pengurus fail, ataupun File Manager. Kini, pihak Microsoft mengesahkan ia akan hadir ke Windows Phone 8.1 seawal penghujung bulan ini.

File Manager WP8.1

File Manager WP8.1

Buat masa ini, ia dikatakan sedang diuji dalam bentuk pembangunan, dan beberapa paparan skrin turut telah dikongsikan oleh pihak Microsoft melalui sebuah sesi soal-jawab yang diadakan di Reddit.

Melalui apa yang diperlihatkan, pengurus fail yang disediakan akan memberikan akses kepada telefon dan juga kad-SD, selain mana menawarkan fungsi-fungsi asas seperti membuat folder dan sebagainya.

Ia juga dijangka pengurus fail ini akan ditawarkan secara terbina pada versi Windows Phone 8.1 kepada pengguna kelak.


TIPS & ULASAN