Penggunaan Android KitKat Kini Mencapai 8.5%

Penggunaan Android KitKat Kini Mencapai 8.5%

Diterbitkan pada Mei 3, 2014 oleh .

Seperti setiap bulan, pihak Google hari ini telah mengeluarkan data statistik penggunaan Android yang dikemaskini, sekaligus memperlihatkan dengan lebih jelas penggunaan versi Android dikalangan pengguna seluruh dunia.

Google ANdroid Mei

Daripada data terbaru yang dikeluarkan, versi KitKat memperlihatkan peningkatan positif, dimana kini ia mencapai angka penggunaan 8.5%, sementara Gingerbread terus mengalami penurunan – kini mempunyai sekitar 16.2% penggunaan.

Versi Android yang paling popular masih adalah Jelly Bean, iaitu 60.8%. Ice Cream Sandwich berada di kedudukan ketiga selepas Gingerbread, dengan penggunaan mencapai 13.4%.

Google sering mengemaskini angka penggunaan Android ini berdasarkan kepada akses ke Google Play Store, dalam usaha memudahkan pembangun untuk mengoptimasikan aplikasi mereka untuk pengguna versi yang paling meluas digunakan.

Jadi, apakah versi Android yang digunakan oleh anda?


TIPS & ULASAN