Cari @ Amanz

Bagi para pengguna pelayar web Firefox, mungkin anda sedia perasan yang mana Firefox 29, selain hadir dengan antaramuka Australis, ia juga turut hadir dalam pilihan bahasa Malaysia buat pertama kalinya.

Bersempena dengan pengenalan Firefox berbahasa Malaysia, pihak Mozilla Malaysia turut menjadualkan sebuah acara pelancaran untuknya pada 10 Mei 2014 ini, bertempat di GTower, Kuala Lumpur.

Bagi pengguna tempatan yang berminat, anda boleh menyertainya dengan mendaftarkan diri untuk acara #FirefoxKita, selain mana bertemu dengan para komuniti Firefox tempatan dalam menyambut pelayar web sumber terbuka tersebut dalam bahasa Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd