Cari @ Amanz

Metal Slug merupakan salah satu permainan popular dikalangan ramai pemain video seluruh dunia. Terkini, pembangunnya turut hadir dengan permainan berbentuk Tower Defense mereka tersendiri, dinamakan sebagai Metal Slug Defense.

Metal Slug Defense

Metal Slug Defense berbeza dengan permainan asal Metal Slug, dimana pemain diberikan kawalan terhad kepada beberapa unit dalam melindungi pangkalan mereka daripada dimusnahkan oleh pihak musuh. Seperti biasa, ia dilengkapi dengan jalan cerita tersendiri dalam menjadikan permainan tersebut lebih menarik.

Selain daripada permainan perseorangan, pemain juga turut boleh memainkannya dalam mod multiplayer menggunakan sambungan melalui WiFi dan bersaing dengan rakan-rakan yang lain.

Bagi para pengguna peranti Android dan juga iOS, mungkin anda boleh memuat-turunnya hari ini dan memainkannya secara perseorangan ataupun bersama rakan-rakan anda yang lain.

Metal Slug Defense

Metal Slug Defense

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd