Cari @ Amanz

MaGIC PitchinPada minggu lepas, Barrack Obama dan juga Najib Razak telah pun melancarkan inisiatif MaGIC secara rasminya di Malaysia, dan kini mereka telah pun mula mencari pelbagai projek menarik, dan sebagai permulaan telah menyenaraikan 20 finalis akhir cabaran MaGIC PitchIn di laman PitchIn.

Untuk makluman, PitchIn merupakan salah satu laman pengumpulan dana awam seperti KickStarter, tetapi memfokuskan kepada projek-projek tempatan. Pengguna yang berminat boleh menyumbangkan dana dan menerima sedikit imbuhan melaluinya, serta pada masa yang sama membantu sesuatu projek tersebut dalam direalisasikan dan dijayakan.

Pelbagai projek menarik dilihat berjaya memasuki 20 finalis akhir untuk cabaran tersebut, dan antaranya termasuk BikeBuddy, HipHalal, CrowdMalaya, RePark, Beamspin Restaurant dan sebagainya.

Jadi, bagi anda apakah projek finalis yang terpilih ini yang menarik minat anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd