Gambar HTC One Mini 2 Tertiris – Rekaan Seumpama M8 Tanpa Dwi-Kamera Belakang
HTC

Gambar HTC One Mini 2 Tertiris – Rekaan Seumpama M8 Tanpa Dwi-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Mei 5, 2014 oleh .

Desas-desus mengenai HTC One Mini 2 bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah kedengaran sejak pelancaran HTC One M8 tempoh hari. Kini, dengan beberapa hari pelancaran rasmi One M8 akan diadakan di Malaysia, sebuah gambar baru tertiris memperlihatkan HTC One Mini 2 yang bakal diperkenalkan.

HTC One Mini 2

Daripada gambar yang tertiris ini, ia dilihat HTC One Mini 2 akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu hitam, putih dan juga warna emas.

Dari segi spesifikasi, One Mini 2 ini dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 720p, cip pemprosesan SnapDragon 400 1.4GHz, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel serta dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat dan antaramuka Sense 6.0.

Tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi, dan semestinya pihak HTC tidak akan mengumumkan ia dalam masa terdekat supaya jualan HTC One M8 tidak terjejas disebabkannya, selain boleh memfokuskan pemasaran kepada peranti utama mereka terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN