Bank Islam Memperkenalkan Antaramuka Baru Untuk Perkhidmatan Perbankan Atas-Talian

Bank Islam Memperkenalkan Antaramuka Baru Untuk Perkhidmatan Perbankan Atas-Talian

Diterbitkan pada Mei 5, 2014 oleh .

Hari ini, pihak Bank Islam telah memperkenalkan kemaskini baru kepada antaramuka laman perbankan online mereka, dalam usaha untuk terus memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan mereka.

BankIslam Online

Antaramuka baru ini dilihat direka dengan sokongan responsive, membolehkan ia berubah mengikut saiz skrin. Seperti biasa, melalui halaman utama, ia dilihat Bank Islam memfokuskan kepada akses pantas fungsi-fungsi yang digunakan ramai. Pengguna juga turut boleh mengubah akses pantas yang diperlihatkan di hadapan mengikut kegemaran mereka.

Bagi anda, sekiranya anda menggunakan perbankan Bank Islam Online, adakah anda menyukai perubahan baru ini?


TIPS & ULASAN