TonTon Music Bakal Memperkenalkan Langganan RM4.99 Sebulan Untuk Akses Tanpa Iklan

TonTon Music Bakal Memperkenalkan Langganan RM4.99 Sebulan Untuk Akses Tanpa Iklan

Diterbitkan pada Mei 5, 2014 oleh .

TonTon Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik atas-talian daripada pihak Media Prima Digital dan telah diperkenalkan sebelum ini. Kini, selang beberapa bulan selepas pelancarannya, pihak Media Prima Digital dilihat berkongsi beberapa kemaskini semasa berkaitan dengannya.

Tonton MusicMenurut pihak TonTon Music, kini lebih daripada 280,000 lagu telah tersedia untuk para pengguna portal tersebut, membolehkan mereka mendengar melalui penstriman secara percuma melaluinya.

Bercakap mengenai perkembangan laman tersebut, pihak TonTon Music dilihat akan memperkenalkan perkhidmatan berbayar mereka tidak lama lagi, yang mana akan menawarkan akses penuh tanpa iklan pada langganan RM4.99/sebulan.

Ia sekaligus akan membolehkan pihak TonTon Music bersaing dengan beberapa penyedia perkhidmatan penstriman lain seperti Spotify dan juga Deezer.

Apa pun, pihak TonTon Music masih tidak mempunyai aplikasi tersendiri buat masa ini, dan memerlukan pengguna mengaksesnya melalui pelayar web – tetapi dioptimasikan untuk paparan skrin peranti mudah-alih.


TIPS & ULASAN