Cari @ Amanz

Intel sebagai pengeluar cip pemprosesan, mereka sering hadir dengan rekaan konsep peranti untuk rujukan para pengeluar lain. Hari ini, Intel Malaysia, melalui sebuah acara khas untuk media yang diadakan, memperlihatkan peranti 2-dalam-1 yang mengkhususkan kepada kegunaan pelajar.

Intel Education Reference Design

Peranti prototaip ini membawakan rekaan hibrid, dimana ia hadir dalam rekaan komputer riba, tetapi skrin boleh ditanggalkan dan digunakan sebagai tablet. Sebuah stylus turut disediakan untuk tujuan lakaran dan juga penulisan pada skrin ketika pembelajaran.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip BayTrail Z3740D, kamera hadapan dan kamera belakang, serta masa penggunaan bateri sehingga 8 jam. Pengguna turut boleh memanjangkan masa penggunaan dengan menyambungkan papan kekunci yang hadir dengan masa penggunaan bateri tambahan selama tiga jam bersama-sama dengannya. Sokongan NFC turut disertakan pada peranti ini.

Menariknya mengenai komputer riba hibrid ini, memandangkan ia dikhususkan untuk pelajar dan kanak-kanak, ia turut hadir dengan binaan yang tahan lasak dan kalis air.

Memandangkan ia hanya sekadar rekaan rujukan untuk pengeluar, maka mungkin kita perlu nantikan sehingga terdapat pengeluar komputer riba seperti Asus, HP, Acer dan sebagainya yang mengambil konsep ini dan memasarkan ia kepada umum. Sehingga itu, mungkin kita tidak akan dapat melihatnya di pasaran.

[amanz-gallery]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd