Carian
Facebook Bakal Menawarkan Lebih Banyak Data Dan Statistik Untuk Video Di Page
May 5, 2014 Aman

Berbeza dengan YouTube, sehingga kini pihak Facebook tidak menyediakan sebarang data khusus berkaitan sesuatu video yang dikongsikan melalui Facebook Page. Tetapi perkara tersebut berubah hari ini.

Bermula hari ini, Facebook mula memperkenalkan sokongan statistik untuk video yang dikongsikan melalui Facebook Page, dimana pemilik sesuatu Page boleh melihat pelbagai data menarik, termasuk data seperti tontonan video, berapa masa purata yang dihabiskan dan sebagainya.

FB Video Metrics

Pengenalan fungsi ini juga dilihat akan membolehkan pihak pentadbir sesuatu Facebook Page mempromosikan video mereka dengan lebih efektif lagi berbanding sebelum ini, dan mencuba beberapa cara baru dalam mempromosikannya.

Seperti kebanyakkan fungsi Facebook, fungsi ini juga akan diperkenalkan secara berperingkat oleh mereka.

Komen