Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Siri Tablet “Galaxy Tab S”

Samsung Dilaporkan Akan Hadir Dengan Siri Tablet “Galaxy Tab S”

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Nampaknya tahun 2014 menjadi tahun Samsung memfokuskan kepada arena tablet, dimana selain beberapa tablet yang telah diperkenalkan sejak awal tahun ini, kini dikatakan Samsung turut akan hadir dengan sebuah siri tablet baru dinamakan Galaxy Tab S.

Samsung Galaxy Tab 4

Galaxy Tab S akan menyertakan pelbagai ciri-ciri premium bersama-sama dengannya. Ia dikatakan akan hadir dalam dua variasi saiz, iaitu 8.4-inci dan juga 10.5-inci. Kedua-duanya dijangka akan menggunakan paparan WQXGA dengan resolusi 2560×1600.

Pada masa yang sama, sama seperti Galaxy S5, tablet ini juga bakal menyertakan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya, untuk beberapa perkara seperti untuk pembayaran PayPal (dibeberapa buah negara), mengakses peranti, log masuk akaun Samsung dan sebagainya. Samsung turut dikatakan akan menyertakan fungsi Multi-User Login pada tablet ini yang akan menggunakan sokongan pengimbas cap jari.

Tablet yang membawakan rekaan seumpama Galaxy Tab 4 ini kelak dijangka akan menyertakan cip pemprosesan lapan teras – empat-teras 1.9Ghz Cortex-A15 adn empat teras 1.3Ghz Cortex-A7, memori 3GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 2.1-megapixel.

Galaxy Tab S ini dikatakan akan menggunakan Android 4.4.2 KitKat, dan dilengkapi antaramuka khusus daripada Samsung.

Apa pun, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN