AMD Ingin Hadir Dengan Cip ARM dan x86 Yang Serasi Pin Melalui Projek Skybridge

AMD Ingin Hadir Dengan Cip ARM dan x86 Yang Serasi Pin Melalui Projek Skybridge

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Perkembangan dalam dunia cip pemprosesan merupakan salah satu perkara yang menarik. Hari ini, AMD dilihat mengambil langkah awal dengan mengumumkan sebuah projek baru dinamakan “Project Skybridge” yang mana berhasrat untuk mengabungkan architcture untuk cip x86 dan juga ARM.

AMD Skybridge

Daripada apa yang diperlihatkan oleh AMD, ia dilihat mereka menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar tahun 2015, dimana cip baru x86 20nm dan juga ARM daripada mereka membawakan sokongan pin yang selari. Dalam erti kata lain, ia akan membawakan sebuah cipset yang mana akan membolehkan penggunaan cip ARM ataupun x86 bergantung kepada tujuan penggunaan.

Untuk Project Skybridge, cip 64-bit ARM daripada mereka akan berasaskan kepada ARM Cortex-A57, sementara cip x86 pula akan berasaskan kepada “Puma+”.

Produk Project Skybridge ini juga dikatakan akan membawakan sokongan penuh HSA seperti beberapa cip AMD lain baru-baru ini. AMD turut mengatakan yang mana ia akan turut hadir buat pertama kalinya dengan sokongan HSA untuk Android melaluinya.

amd-skybridge_02

Selain daripada itu, AMD juga turut menyasarkan untuk hadir dengan AMD K12, yang mana merupakan cip 64-bit berasaskan kepada teknologi ARMv8.


TIPS & ULASAN