Microsoft Dilihat Menerima Paten Baru Untuk Jam Tangan Pintar

Microsoft Dilihat Menerima Paten Baru Untuk Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Google sedia memfokuskan kepada pasaran jam tangan pintar melalui Android Wear mereka. Selain Google, beberapa syarikat lain turut memfokuskan arena sama, dan Microsoft dilihat turut tidak ingin ketinggalan.

Terkini, Microsoft yang telah mengambil-alih bahagian peranti Nokia dilihat telah menerima sebuah paten baru, yang mana telah difailkan oleh mereka lebih kurang dua tahun yang lepas.

Microsoft - Jam Tangan Pintar

Melalui paten yang diterima mereka, ia dilihat peranti boleh-pakai berkenaan akan turut menyertakan fungsi-fungsi memfokuskan kecergasan, disamping membolehkan pengguna melihat notifikasi seperti mesej yang diterima, panggilan telefon dan sebagainya. Paten yang difailkan ini juga turut memperlihatkan sebuah dock khusus – berkemungkinan untuk tujuan pengecasan peranti berkenaan.

Desas-desus berkaitan jam tangan daripada Microsoft sedia kedengaran sejak daripada tahun lepas, dan mungkin dengan penerimaan paten ini, selain pengambil-alihan bahagian peranti Nokia – ia akan memudahkan lagi mereka membangunkan jam tangan pintar mereka.


TIPS & ULASAN