ESPN Hadir Dengan Aplikasi Android Untuk Liga Bola Sepak Dan Piala Dunia

ESPN Hadir Dengan Aplikasi Android Untuk Liga Bola Sepak Dan Piala Dunia

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Bagi para peminat sukan bola sepak, mungkin 2014 FIFA World Cup merupakan salah satu perkara yang dinantikan anda. Seperti biasa, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai aplikasi menarik hadir khusus untuknya, dan terkini dilihat pihak ESPN turut telah menerbitkan sebuah aplikasi untuknya.

2014 FIFA World Cup ESPN

Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh mengikuti pelbagai berita semasa, disamping turut mengikuti skor dan kemaskini dari laman sosial terus menggunakan aplikasi berkenaan.

Selain hanya memfokuskan kepada 2014 FIFA World Cup, pihak ESPN juga turut sama menyertakan kemaskini daripada beberapa liga popular, termasuk Premier Leaguer, UEFA Champions League, La Liga dan sebagainya pada aplikasi yang sama.

Muat-Turun ESPN FC Soccer & World Cup untuk Android


TIPS & ULASAN