Maxis Dan HTC Mengumumkan Perjanjian Eksklusif – Akan Menawarkan Peranti HTC Bermula One M8
HTC

Maxis Dan HTC Mengumumkan Perjanjian Eksklusif – Akan Menawarkan Peranti HTC Bermula One M8

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Maxis hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang akan menawarkan peranti HTC bersama-sama pakej telekomunikasi mereka. Perkara ini akan dimulakan dengan penawaran HTC One M8 di Malaysia bermula 8 Mei ini.

Dengan perjanjian eksklusif antara HTC dan Maxis ini juga, ia sekaligus membolehkan para pelanggan menerima perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik. Melaluinya, pengguna boleh turut membuat tuntutan jaminan peranti daripada mana-mana cawangan Maxis seluruh dunia. Kami telah menghubungi pihak Maxis untuk mengetahui sama ada ia meliputi semua pelanggan HTC ataupun khusus untuk mereka yang melanggan bersama Maxis sahaja. Tuntutan jaminan peranti ini hanya khusus untuk pelanggan Maxis sahaja.

Melalui pakej Maxis, HTC One M8 akan ditawarkan pada harga serendah RM1399 melalui pelan TalkMore 78 dan kontrak selama 24 bulan. 1000 pelanggan pertama juga dilihat akan menerima HTC Dot View Case berharga RM149 secara percuma.

Maxis HTC One M8


TIPS & ULASAN