Taiwan Bakal Menyaman Pejalan Kaki Yang Menggunakan Telefon Pintar Ketika Melintas

Taiwan Bakal Menyaman Pejalan Kaki Yang Menggunakan Telefon Pintar Ketika Melintas

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Sebuah undang-undang baru di Taiwan mungkin akan digubal yang membenarkan pihak berkuasa menyaman pejalan kaki yang melintas jalan sambil menggunakan telefon pintar. Undang-undang yang pastinya akan mendatangkan kontroversi ini terpaksa digubal bagi menyedarkan orang ramai bahaya melintas jalan sambil menggunakan peranti. Kes kematian dan kemalangan akibat amalan yang kini biasa kita lihat ini semakin meningkat di Taiwan. Terkini seorang pejalan kaki maut digilis teksi kerana khusyuk menggunakan peranti milik beliau. Pihak berkuasa kini sedang memperhalusi undang-undang ini bagi menetapkan apakah parameter yang mengakibatkan pejalan kaki boleh disaman. Apa yang kami rasakan agak lucu di sini ialah nilai saman yang disarankan adalah NT 300 iaitu sekitar RM 34. Nilai denda yang dikenakan ini nyata terlalu rendah. Di Malaysia masalah pejalan kaki menggunakan peranti ketika melintas masih belum mencapai masalah kronik. Kes kemalangan melibatkan pejalan kaki yang menggunakan peranti belum pernah kami dengar di Malaysia. Tetapi kemalangan akibat menggunakan peranti ketika memandu sudahpun dilaporkan beberapa kali sehingga melibatkan kematian. Adakah undang-undang serupa boleh digunapakai di Malaysia sekarang sebelum kejadian maut menimpa? Lebih baik mengadah sebelum terhantuk bak kata pepatah orang tua.

LN02_001

Sumber Apple Daily

 


TIPS & ULASAN