Lagi Info Baru Berkenaan Google Stars Hadir – Sokongan Folder Dan Perkongsian Awam

Lagi Info Baru Berkenaan Google Stars Hadir – Sokongan Folder Dan Perkongsian Awam

Diterbitkan pada Mei 6, 2014 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, kita sedia lihat maklumat awal berkenaan sebuah perkhidmatan bookmark baru daripada Google tertiris. Kini, beberapa info baru hadir, termasuk sebuah video dikongsikan memperlihatkan bagaimana perkhidmatan tersebut berfungsi.

Google Stars

Google Stars dilihat sebagai salah satu usaha untuk memudahkan pengguna bookmark sesuatu laman web, dan mengaksesnya pada kemudian masa menggunakan sebarang peranti mereka. Ia dilihat hadir pdengan sokongan untuk Chrome, dan memaparkan pelbagai pautan yang disimpan dalam bentuk paparan seumpama Pinterest.

Daripada video baru yang dikongsikan, ia turut memperlihatkan kebolehan untuk membuat folder dan berkongsi akan sesuatu bookmark dengan rakan-rakan ataupun melabelkannya sebagai umum.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Google akan melancarkan Google Stars ini. Ia menjadi kebiasaan untuk Google menguji beberapa fungsi baru, tetapi tidak kesemuanya yang dilancarkan kepada umum.


TIPS & ULASAN