Cari @ Amanz

Firefox 29 telah hadir dengan antaramuka baru, yang dinamakan sebagai “Australis” – membawakan rekaan lebih kurang seperti Chrome. Perkara ini mungkin tidak diminati ramai, dan mungkin ada sesetengah pengguna yang inginkan antaramuka lama Firefox.

Untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu add-on yang dilihat membantu adalah Classic Theme Restorer.

Sebaik sahaja anda memasang add-on tersebut, ia akan meminta anda memulakan semula pelayar web anda, dan anda akan melihat antaramuka lama Firefox pada pelayar web anda.

Classic Theme Restorer

Menariknya mengenai Classic Theme Restorer ini adalah ia turut hadir dengan sebuah menu khusus pada bahagian tetapan, membolehkan para pengguna untuk mengubah pelbagai perkara pada pelayar web mereka – dan mengoptimasikan pelayar web Firefox mengikut kegemaran anda.

Bagi para pengguna Firefox yang inginkan antaramuka lama Firefox, mungkin boleh memuat-turun Classic Theme Restorer hari ini, dan kembalikan semula rekaan lama pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd