Cari @ Amanz

Google sedia menyediakan beberapa aplikasi web untuk pendidikan dan pembelajaran. Hari ini, mereka mengumumkan satu lagi perkara baru, dinamakan sebagai Google Classroom – yang mana ditujukan untuk para guru di seluruh dunia dalam usaha memudahkan mereka mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar.

Google Classroom

Menggunakan Google Classroom, ia membolehkan para guru untuk menguruskan pelbagai perkara, daripada membuat dan mengumpulkan tugasan pelajar, berkomunikasi dengan kelas, serta menguruskan pelbagai perkara lain. Seperti semua sedia maklum, Google menggunakan Google Docs, Google Drive, dan GMail untuk menjayakan perkara ini.

Bermula hari ini, para guru yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Google Classroom ini, dan pihak Google dijangka akan memperkenalkan ia kepada semua sekolah yang menggunakan Google Apps Education menjelang bulan September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd