Surface Mini Dikatakan Akan Menggunakan Cip Pemprosesan Qualcomm

Surface Mini Dikatakan Akan Menggunakan Cip Pemprosesan Qualcomm

Diterbitkan pada Mei 7, 2014 oleh .

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Surface Mini pada 20 Mei ini, dan satu demi satu info berkaitan dengan tablet bersaiz mini tersebut kini kedengaran. Terbaru, daripada Bloomberg, ia dikatakan Surface Mini akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm.

Surface Mini sebelum ini sedia dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz sekitar 8-inci, dan dijana menggunakan Windows RT.

Selain daripada cip berasaskan Qualcomm, Microsoft turut dikatakan akan hadir dengan beberapa model baru lain, yang mana turut dijana menggunakan cip pemprosesan Intel.

Dengan penggunaan cip Qualcomm, mungkinkah kita turut akan dapat melihat sokongan 3G dan LTE hadir pada tablet Surface Mini ini kelak?


TIPS & ULASAN