Oppo Find 7A Turut Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Oppo Find 7A Turut Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 7, 2014 oleh .

Menemani pelancaran Oppo Find 7 di Malaysia adalah satu lagi peranti dengan rekaan yang sama, tetapi membawa resolusi skrin yang lebih kecil dan sedikit perbezaan dari segi spesifikasi, iaitu Oppo Find 7A.

Oppo Find 7A

Oppo Malaysia sedia membuka pra-tempahan untuk Oppo Find 7A sebelum ini, dan dengan acara hari ini, peranti tersebut dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Ia akan dijual di Malaysia pada harga RM1598.

Berbeza dengan Oppo Find 7, peranti Find 7A membawakan cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3GHz dan resolusi skrin pada 1920×1080 pixel. Perkara lain seperti sokongan rakaman gambar yang menarik, kebolehan mengecas peranti dengan pantas, serta beberapa fungsi lain turut dikekalkan.


TIPS & ULASAN