Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, pihak Samsung telah melancarkan Galaxy K Zoom, yang mana merupakan “Galaxy S5 Zoom”, dan kini ia diperkatakan Samsung mungkin akan memanggil Galaxy S5 Mini dengan nama “Dx”.

Kesahihan penuh untuknya masih tidak diketahui, dan seperti biasa kita perlu nantikan pengumuman rasmi Samsung berkaitan dengannya.

Apa pun, bagi kami, ia mungkin salah satu langkah yang baik daripada Samsung untuk menggunakan nama keluarga yang berbeza, sekaligus mengurangkan kekeliruan pengguna mengenai produk mereka. Pada tahun lepas, pihak Samsung telah hadir dengan beberapa variasi keluarga Galaxy S mereka, sekaligus membuatkan ramai pengguna tidak mengemarkannya.

Galaxy S5 Mini ini kelak dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci Super AMOLED 720p, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras, memori 1.5GB RAM dan kamera belakang 8-megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd