Adobe Voice Diperkenalkan Untuk iPad – Bercerita Menggunakan Video Dan Audio

Adobe Voice Diperkenalkan Untuk iPad – Bercerita Menggunakan Video Dan Audio

Diterbitkan pada Mei 8, 2014 oleh .

Adobe sedia menawarkan beberapa aplikasi menarik untuk pengguna hadir dengan pelbagai perkara kreatif, dan hari ini mereka melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan Adobe Voice. Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna iPad sahaja.

Adobe Voice

Adobe Voice dilihat sebagai salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna hadir dengan penceritaan yang interaktif – menggunakan video dan audio. Dari segi penggunaan, ia menggunakan fungsi seumpama PowerPoint, dimana pengguna boleh memilih apa yang ingin disertakan, kemudian memilih animasi, dan merakamkan audio menggunakannya.

Pelbagai rekaan tema turut disediakan untuk pengguna membuat pilihan, dan pengguna turut boleh memilih pelbagai jenis gambar ikon yang dilesenkan bawah Creative Commons terus pada aplikasi ini.

Seperti kebanyakkan aplikasi, sebaik sahaja anda selesai membuat video anda, anda boleh berkongsi ia ke pelbagai laman sosial dan membolehkan yang lain menonton video berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan iPad, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini dan hadir dengan pelbagai video kreatif anda tersendiri.

Muat-Turun Adobe Voice untuk iPad


TIPS & ULASAN