Sony Memperkenalkan Xperia ZL2 Di Jepun

Sony Memperkenalkan Xperia ZL2 Di Jepun

Diterbitkan pada Mei 8, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, ketika pengenalan Xperia Z, pihak Sony turut memperkenalkan satu lagi peranti seumpamanya tetapi tanpa sokongan kalis air, iaitu Xperia ZL. Kini, selang setahun lebih selepasnya, Sony dilihat turut hadir dengan kemaskini versi baru untuknya, dinamakan sebagai Xperia ZL2.

Sony Xperia ZL2

Xperia ZL2 dilihat mengekalkan rekaan butang kuasa ikonik daripada Sony, selain turut membawakan pelbagai penggunaan komponen terbaru, termasuk cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3GHz, memori sebanyak 3GB RAM, dan skrin bersaiz 5-inci.

Seperti Xperia Z2, ia juga akan dilengkapi dengan kamera belakang 20.7-megapixel, membawakan sokongan rakaman 4K, serta dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 3000mAh, selain pelbagai sokongan popular Sony, termasuk NFC dan ruangan mikro-SD.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan hadir ke pasaran global ataupun tidak. Ia hanya diumumkan untuk pasaran Jepun sahaja untuk sementara waktu ini.


TIPS & ULASAN