Alcatel OneTouch Membuka Kedai Konsep Pertama Di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur

Alcatel OneTouch Membuka Kedai Konsep Pertama Di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur

Diterbitkan pada Mei 8, 2014 oleh .

Dengan persaingan sengit antara pengeluar telefon, salah satu perkara yang digunakan mereka untuk mendekati para pengguna adalah melalui kedai konsep. Terkini, Alcatel turut melancarkan kedai konsep pertama mereka di Malaysia yang terletak di Plaza Low Yat, Bukit Bintang.

Kedai Konsep Alcatel Malaysia

Melalui kedai konsep mereka, pengguna boleh melihat pelbagai model telefon pintar mereka, disamping pelbagai aksesori dan mendapatkan khidmat bantuan di kedai tersebut.

Alcatel OneTouch Malaysia menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya 6 kedai konsep sekitar Malaysia menjelang penghujung tahun ini, selain mana turut melantik 20 pusat khidmat rasmi mereka di seluruh negara.

Mungkinkah kita akan turut melihat pelbagai kedai konsep daripada jenama-jenama lain selepas ini?


TIPS & ULASAN