HTC Desire 816 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM1199
HTC

HTC Desire 816 Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM1199

Diterbitkan pada Mei 8, 2014 oleh .

Selain daripada HTC One M8, pihak HTC juga turut mengumumkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu HTC Desire 816. Ia sebelum ini telah diumumkan oleh HTC pada acara Mobile World Congress bulan Februari lepas.

HTC Desire 816

HTC Desire 816

HTC Desire 816 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.6GHz, memori sebanyak 1.5GB RAM, kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel.

Untuk pasaran tempatan, HTC Desire 816 dijangka akan dijual sekitar penghujung Mei ini atau pada awal Jun kelak. Harga jualan saranannya untuk pasaran Malaysia adalah RM1199.


TIPS & ULASAN