HTC Desire 610 Akan Memasuki Pasaran Malaysia – Berharga RM999
HTC

HTC Desire 610 Akan Memasuki Pasaran Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada Mei 8, 2014 oleh .

Satu lagi telefon pintar baru yang turut diumumkan untuk pasaran tempatan pada acara pelancaran HTC One M8 hari ini adalah HTC Desire 610, yang mana turut menyertai keluarga HTC Desire 816 yang akan memasuki pasaran tempatan.

HTC Desire 610

HTC Desire 610

HTC Desire 610 turut telah diumumkan pada Februari tahun ini, dan ia menyasarkan kepada pengguna yang inginkan peranti kelas pertengahan daripada HTC dengan ciri-ciri HTC Blinkfeed, dan beberapa fungsi khusus yang lain, termasuk antaramuka Sense popular daripada HTC.

HTC Desire 610 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400 1.2Ghz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 1.3-megapixel.

Di Malaysia, seperti Desire 816, ia juga turut dijangka akan dijual sekitar penghujung Mei atau pada awal Jun kelak, dan dijangka akan membawakan harga saranan jualan sebanyak RM999.


TIPS & ULASAN