Xiaomi Mi 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mei – Berharga RM889

Xiaomi Mi 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Mei – Berharga RM889

Diterbitkan pada Mei 9, 2014 oleh .

Xiaomi telah dikatakan akan memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini pihak Xiaomi sedia berkongsi beberapa maklumat lanjut mengenainya. Peranti pertama yang akan memasuki pasaran tempatan adalah Xiaomi Mi 3, dan akan dijual bermula 20 Mei 2014 ini.

Xiaomi Mi 3

Xiaomi Mi 3

Xiaomi Mi 3

Xiaomi Mi3 telah diperkenalkan pada tahun lepas, dimana ia menyertakan skrin IPS bersaiz 5-inci dengan paparan resolusi 1080×1920 pixel, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB, cip pemprosesan Snapdragon 800 2.3Ghz, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel.

Xiaomi Mi3 juga turut akan dilengkapi dengan sistem operasi MIUI yang mana berasaskan kepada Android (AOSP) dan ditambah dengan beberapa fungsi tambahan dan antaramuka khusus daripada mereka. Versi yang digunakan pada Mi 3 adalah Android 4.2.1 Jelly Bean dan juga MIUI v5.

Beberapa aplikasi turut hadir terbina, termasuk aplikasi daripada Google, Mi Cloud, dan juga Facebook. Pihak Xiaomi turut melengkapkan ia dengan aplikasi papan kekunci Swiftkey dalam menjadikan pengalaman menaip lebih menarik lagi.

Untuk pasaran Malaysia, Xiaomi Mi 3 akan turut hadir dengan pilihan Bahasa Malaysia. Untuk makluman, MIUI turut hadir dengan pilihan pelbagai jenis tema, dan Xiaomi turut akan menawarkan sebuah tema khusus untuk Malaysia bersempena dengan pelancarannya kelak.

Xiaomi Mi 3

Xiaomi Mi 3

Selain itu, hanya satu warna peranti sahaja akan ditawarkan, iaitu Metallic Gray, dan versi Malaysia akan hadir dengan sokongan dua-tray, iaitu untuk mini-SIM atau mikro-SIM.

Bercakap mengenai versi 64GB, pihak Xiaomi mengatakan mereka akan membawanya masuk sekiranya terdapat permintaan dikalangan pengguna tempatan.

Xiaomi Mi 3

Xiaomi Mi 3

Xiaomi Mi 3

Pihak Xiaomi juga turut dijangka akan menawarkan pelbagai jenis aksesori melalui laman jualan mereka, selain turut mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan Xiaomi Redmi tidak lama lagi untuk pasaran tempatan. Harga jualan Redmi dijangka “separuh” daripada harga jualan Mi 3 ini kelak, dan akan hadir beberapa minggu selepas Xiaomi Mi 3.

Xiaomi Redmi

Xiaomi Aksesori

Xiaomi Aksesori

Pada 20 Mei kelak, pihak Xiaomi dilihat akan menawarkannya kepada pengguna terus melalui laman jualan mereka di Mi.com, dan ia akan menggunakan platform pembayaran menggunakan PayPal sepenuhnya.

Jadi, apa kata anda berkenaan tawaran daripada pihak Xiaomi ini?

Tanya Amanz – Xiaomi Mi 3


TIPS & ULASAN