Cari @ Amanz

Box, perkhidmatan storan awan sebelum ini telah memperkenalkan sokongan membuat nota pantas pada perkhidmatan mereka. Namun, ketika itu ia hanya diperkenalkan dalam bentuk beta, dan terhad kepada segelintir pengguna sahaja.

Box Notes

Hari ini, ia berubah apabila Box mengumumkan yang mana mereka telah mula memperkenalkan fungsi Box Notes kepada semua pengguna secara berperingkat.

Box Notes merupakan salah satu perkhidmatan penyuntingan atas-talian yang disediakan oleh Box, membolehkan pengguna berkolaborasi untuk sesuatu dokumen bersama-sama rakan mereka yang lain.

Pihak Box sendiri menyarankan menggunakan Box Notes untuk beberapa tujuan, termasuk untuk mencatatkan minit mesyuarat, untuk berbincang mengenai projek, merancang pelan pemasaran, mahupun membuat nota peribadi dan sebagainya.

Daripada percubaan kami, akaun Box kami telah menerima sokongan ini, dan ia dilihat berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sekiranya akaun anda telah menerimanya, anda akan melihat sebuah butang baru dinamakan Box Notes ditambah pada bahagian menu di akaun anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd