Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Akhir Untuk Membeli Beats Electronics

Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Akhir Untuk Membeli Beats Electronics

Diterbitkan pada Mei 9, 2014 oleh .

BeatsBeats Electronics sedia popular dengan produk audio mereka, selain turut menyediakan perkhidmatan penstriman muzik. Kini, ia dilaporkan yang mana Apple dalam perbincangan akhir bersama-sama pihak Beats untuk mengambil-alih syarikat berkenaan pada harga mencapai $3.2 bilion (RM10.35 bilion).

Beats sebelum ini sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar peranti, termasuk HTC dan juga HP. Selain daripada itu, mereka sendiri sedia menawarkan pelbagai produk audio mereka kepada pengguna seluruh dunia.

Sekiranya Apple mengambil-alih syarikat Beats Electronics ini, ia dilihat mereka mungkin akan menggunakan pelbagai teknologi Beats untuk menambah-baik produk mereka, selain turut mengintegrasikan teknologi penstriman Beats ke dalam perkhidmatan iTunes milik Apple.

Sekiranya semua berjalan lancar, Apple dijangka akan mengumumkan pengambil-alihan Beats Electronics ini seawal minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN