Adakah Apple Akan Hadir Dengan iPhone Baru Sekitar Ogos?

Adakah Apple Akan Hadir Dengan iPhone Baru Sekitar Ogos?

Diterbitkan pada Mei 9, 2014 oleh .

Dengan persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih, nampaknya pihak Apple ingin mengeluarkan telefon pintar baru mereka lebih awal berbanding kebiasaan.

Menurut laporan daripada Reuters, ia dikatakan Apple mungkin memperkenalkan telefon pintar iPhone baru mereka seawal bulan Ogos ini. Ia dikatakan Apple akan hadir dengan dua variasi telefon pintar, iaitu dengan skrin bersaiz 4.7-inci dan juga bersaiz sekitar 5.5-inci.

Menurut laporan yang sama, Apple dikatakan akan memperkenalkan versi bersaiz 4.7-inci terlebih dahulu, sebelum versi dengan skrin yang lebih besar diperkenalkan sebulan selepasnya.

Apple sehingga kini masih mengekalkan kelebaran saiz pada telefon pintar mereka, dan dilihat sedikit memanjangkan saiz skrin pada telefon pintar versi baru mereka.

Apa pun, pengguna dilihat inginkan skrin bersaiz lebih besar berbanding saiz tawaran Apple sedia ada. Kebanyakkan pengeluar kini menawarkan peranti dengan skrin bersaiz sekitar 5-inci – yang mana boleh dikatakan bersaiz agak besar sekitar beberapa tahun yang lepas.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat iPhone bersaiz besar seawal bulan Ogos ini?


TIPS & ULASAN