Gambar HTC B2 (Butterfly S2) Tertiris
HTC

Gambar HTC B2 (Butterfly S2) Tertiris

Diterbitkan pada Mei 10, 2014 oleh .

HTC selain mempunyai keluarga peranti One, mereka juga turut sedia menawarkan keluarga peranti Butterfly yang turut hadir dengan rekabentuk yang agak menarik bersama-sama pelbagai spesifikasi terkini. Selepas memperkenalkan Butterfly S pada tahun lepas, untuk tahun ini mereka turut dilihat sedang menyiapkan kemaskini baru untuk peranti berkenaan.

HTC B2

Spesifikasi penuh untuk peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Dari segi rekabentuk, ia dilihat mengekalkan rekaan yang lama, tetapi membawakan beberapa perubahan kecil, termasuk rekaan bahagian speaker pada hadapan peranti berkenaan. Kedudukan bahagian kamera hadapan dilihat dialihkan ke bahagian kanan peranti, selain mana logo kini diletakkan pada bahagian bawah – memberikan petanda berkemungkinan ia akan menyertakan butang atas-skrin seperti HTC One M8.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Pada tahun lepas, pihak HTC telah melancarkan Butterfly S pada bulan Jun, dan sekiranya mereka mengikut jadual yang sama, maka kita mungkin akan dapat melihatnya dalam tempoh sebulan lagi.


TIPS & ULASAN