Cari @ Amanz

BitlyBitly merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan pengguna untuk pendek akan URL sebelum ia dikongsikan di laman sosial, dan melihat pelbagai statistik semasa berkenaan URL yang dikongsikan tersebut.

Terkini, pihak Bitly melalui laman rasmi mereka mengatakan yang mana mereka mendapati terdapat kebocoran pada pihak mereka, yang mana mungkin membuatkan akaun pengguna Bitly terdedah kepada pihak ketiga.

Untuk mengelakkan sebarang perkara, pihak Bitly meminta pengguna untuk mengubah kata laluan mereka di laman Bitly, selain turut mengubah kekunci API dan OAUth.

Disamping itu, pihak Bitly turut mengatakan mereka telah menetapkan semula sambungan Facebook dan Twitter, memerlukan pengguna untuk menyambungkan semula akaun mereka ke Bitly melalui halaman akaun mereka di Bitly.

Bagi para pengguna Bitly, mungkin anda perlu ke laman Bitly dan mengubah kata laluan dan mengemaskini akaun anda sekarang untuk mengelakkan sebarang perkara terjadi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd