Google Ingin Membolehkan Pengguna Mac Membuka Fail Menggunakan Aplikasi Chrome

Google Ingin Membolehkan Pengguna Mac Membuka Fail Menggunakan Aplikasi Chrome

Diterbitkan pada Mei 10, 2014 oleh .

Google sering menguji pelbagai fungsi baru pada Chrome Canary sebelum ia hadir ke versi stabil akhir Chrome. Terkini, melalui Chrome Canary, ia dilihat Google mencuba suatu fungsi baru, membolehkan pengguna Mac untuk membuka sesuatu dokumen menggunakan aplikasi Chrome.

Chrome Canary Mac

Daripada apa yang dilihat, Google membawakan sokongan integrasi jenis fail pada pelayar web mereka, membolehkan pengguna Mac untuk klik-kanan pada sesuatu dokumen dan melihat pilihan aplikasi Chrome bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, ia hanya diuji dikalangan pengguna Mac sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah sokongan sama akan hadir ke versi Windows dan Linux.


TIPS & ULASAN