Google Dilihat Mencuba Antaramuka Baru Untuk GMail Versi Web

Google Dilihat Mencuba Antaramuka Baru Untuk GMail Versi Web

Diterbitkan pada Mei 10, 2014 oleh .

Seperti ramai pengguna Google sedia maklum, Google sedia mencuba pelbagai perkara baru pada perkhidmatan mereka sebelum ia diperkenalkan kepada orang ramai. Terkini, ia dilihat Google sedang mencuba antaramuka baru untuk perkhidmatan GMail mereka versi web yang membawakan perubahan drastik berbanding antaramuka sedia ada.

GMail Web Baru

GMail Web Baru

Melalui beberapa paparan skrin yang tertiris, ia kelihatan GMail baru ini membawakan bahagian akses menu pada bahagian kiri laman (yang mana boleh disembunyikan), selain paparan Hangout pada bahagian kanan.

Dari segi rekabentuk, ia dilihat akan disesuaikan kepada skrin secara automatik, selain pengguna boleh membuat akses pantas melalui beberapa butang menu yang disediakan pada bahagian bawah kanan laman.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Google akan memperkenalkan kemaskini ini kepada umum, ataupun sekadar ujian sahaja buat masa ini.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini?


TIPS & ULASAN