Facebook Menamatkan Aplikasi Camera Dan Poke Untuk iOS

Facebook Menamatkan Aplikasi Camera Dan Poke Untuk iOS

Diterbitkan pada Mei 11, 2014 oleh .

Pada tahun 2012 yang lepas, pihak Facebook telah menerbitkan dua aplikasi untuk pengguna iOS, iaitu Facebook Camera dan juga Facebook Poke. Namun, mungkin kerana tidak mendapat sambutan yang tinggi, pihak Facebook kini telah menamatkannya dan menarik kembali daripada AppStore.

Facebook Camera sebelum ini hadir memudahkan pengguna iOS untuk merakamkan gambar, menambah penuras dan berkongsi di Facebook dengan pantas berbanding penggunaan aplikasi biasa.

Facebook Poke pula berfungsi untuk lebih kepada memudahkan anda menegur rakan, dan seterusnya menghantar mesej, gambar dan video menggunakannya. Pengguna turut boleh menetapkan masa untuk sesuatu mesej sebelum ia dipadam daripada aplikasi berkenaan.

Mungkin dengan menamatkan kedua-dua aplikasi ini, ia akan memudahkan lagi pihak Facebook dalam memfokuskan kepada beberapa penawaran mereka yang lain.


TIPS & ULASAN