Samsung Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Pintar Tizen Dalam Beberapa Minggu Lagi

Samsung Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Pintar Tizen Dalam Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada Mei 11, 2014 oleh .

Samsung sedia menawarkan kamera dan jam tangan pintar berasaskan platform Tizen. Apa pun, telefon pintar Tizen daripada Samsung telah dinantikan sekian lama, dan setelah penangguhan beberapa kali, ia dikatakan Samsung akan melancarkannya pada tahun ini di Russia dan juga India.

Ia dikatakan Samsung akan mengadakan sebuah acara khas untuk memperkenalkan telefon pintar Tizen mereka dalam beberapa minggu lagi, dan acara “Unpacked” mereka tersebut dijangka akan diadakan di Russia.

Tizen dilihat sebagai salah satu usaha Samsung dalam menawarkan peranti selain daripada peranti keluarga “Galaxy” mereka yang menjalankan sistem operasi Android. Ia telah dimulakan dengan kerjasama beberapa nama besar, termasuk salah satunya adalah Intel.

Sehingga kini, pihak Samsung telah memperlihatkan peranti mereka menjalankan Tizen beberapa kali, tetapi masih belum melancarkan ia secara rasminya kepada pengguna umum.

Pelancaran telefon pintar Tizen oleh Samsung juga akan memberikan nafas baru untuk platform sumber terbuka tersebut, disamping dilihat akan menarik lebih ramai pembangun untuk membangunkan aplikasi untuknya.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan diperkenalkan oleh Samsung dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN