LG Terbitkan Video Baru Di YouTube Berkongsi Lebih Lanjut Mengenai “G Watch”

LG Terbitkan Video Baru Di YouTube Berkongsi Lebih Lanjut Mengenai “G Watch”

Diterbitkan pada Mei 12, 2014 oleh .

Pihak LG telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk jam tangan pintar berasaskan Android Wear ketika pengumuman Google tempoh hari. Kini, selain beberapa info yang telah dikongsikan sebelum ini, mereka turut menerbitkan sebuah video khusus untuknya di saluran YouTube mereka.

Melalui video baru ini, pihak LG memberikan paparan antaramuka pada jam tangan pintar mereka secara ringkas, selain mana turut berkongsi mengatakan ia akan membawakan sokongan kalis air, selain rekabentuk yang menarik melalui jam tangan tersebut.

LG G Watch ini dijangka akan dijual sekitar bulan Julai kelak, dan mungkin akan dipasarkan bersama-sama jam Android Wear lain, termasuk Moto 360 daripada Motorola.

Apa pun, seperti biasa, ia menjadi persoalan sama ada LG G Watch ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak, memandangkan pihak LG Mobile dilihat kurang membawa peranti mereka memasuki pasaran tempatan sejak tahun lepas.


TIPS & ULASAN