Xiaomi Bakal Hadir Dengan Tablet “MiPad” – Skrin Bersaiz 7.9-inci

Xiaomi Bakal Hadir Dengan Tablet “MiPad” – Skrin Bersaiz 7.9-inci

Diterbitkan pada Mei 12, 2014 oleh .

Nama Xiaomi boleh dikatakan agak meningkat naik pada tahun ini. Selain mereka yang memperluaskan pasaran ke luar China, Xiaomi juga turut hadir dengan beberapa produk baru. Salah satu produk baru yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini adalah table mereka.

Menurut Reuters, Xiaomi akan melancarkan tablet mereka itu tidak lama lagi, dan mungkin dikenali dengan nama MiPad. Ia dikatakan tablet ini berkemungkinan menggunakan skrin bersaiz 7.9-inci padanya – lebih kurang seperti iPad Mini.

Selain tablet, Xiaomi juga dikatakan akan hadir dengan kemaskini telefon pintar mereka, berkemungkinan Mi 3S atau Mi 4.

Pada minggu ini, Xiaomi menjadualkan sebuah acara khas, dan berkemungkinan kita akan dapat melihat tablet atau telefon pintar baru mereka pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN