Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah mula menawarkan kemaskini perisian untuk jam tangan pintar mereka yang terbaru, Gear 2, dimana mereka membawakan sedikit pembaharuan dari segi antaramuka dan juga sokongan aplikasi S-Health.

Gear 2 merupakan jam tangan pintar berasaskan Tizen daripada Samsung, dan melalui kemaskini yang ditawarkan, pengguna diperlukan memuat-turun fail bersaiz sekitar 20MB. Pihak Samsung turut mengatakan yang mana kemaskini ini turut meningkatkan kestabilan perisian pada peranti tersebut.

Bagi pengguna Gear 2, anda akan diperlihatkan dengan notifikasi untuk kemaskini pada peranti anda, dan menaik-taraf kepada versi perisian baru hari ini.

Gear 2 Update

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd