Sony Menyenaraikan Xperia Z2 Pada Harga RM2399 – Hadir Dalam Warna Putih, Hitam Dan Ungu

Sony Menyenaraikan Xperia Z2 Pada Harga RM2399 – Hadir Dalam Warna Putih, Hitam Dan Ungu

Diterbitkan pada Mei 13, 2014 oleh .

Sony Mobile Malaysia masih belum memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka secara rasmi di Malaysia. Apa pun, ia tidak menghentikan pihak Sony menyenaraikan produk mereka di Sony Store Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna membuat pembelian melaluinya.

Sony Xperia Z2

Sony Xperia Z2 telah diperkenalkan pada bulan Februari yang lepas, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.2-inci, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 2.3Ghz, memori sebanyak 3GB RAM, dan kamera belakang 20.7-megapixel. Pelbagai pembaharuan pada perisian turut disertakan, termasuk rakaman dalam bentuk 4K, dan sokongan dwi-tap untuk aktifkan skrin.

Di Sony Store Malaysia, Xperia Z2 ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu hitam, putih dan juga ungu. Pengguna dilihat boleh membuat pembelian peranti tersebut pada harga RM2399.

Pandang Pertama : Sony Xperia Z2


TIPS & ULASAN