Twitter Memperkenalkan Sokongan “Mute” Pada Aplikasi iPhone, Android Dan Web

Twitter Memperkenalkan Sokongan “Mute” Pada Aplikasi iPhone, Android Dan Web

Diterbitkan pada Mei 13, 2014 oleh .

Twitter MuteTwitter hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan “mute” untuk para pengguna aplikasi iPhone, Android dan Twitter.com, sekaligus memberikan pengguna lebih kawalan terhadap apakah jenis kandungan yang ingin dilihat oleh mereka di Twitter.

Menggunakan fungsi “mute” ini, pengguna boleh membuat kemaskini daripada seseorang pengguna itu tidak hadir ke garis masa mereka sehingga mereka mematikan kembali fungsi berkenaan. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu ke profil seseorang pengguna itu, dan melalui ikon “Gear”, pengguna boleh memilih untuk “Mute” mereka.

Twitter mengatakan sokongan ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara berperingkat. Mungkin anda akan dapat melihat fungsi ini pada profil anda dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN